After years I'm back

// Beautiful Inside

Assalamualaikum dan Hai!
Boleh panggil saya Syima. Terima kasih untuk berada disini. tinggalkan jejak anda di cbox bawah <3


Follow me on tweeter :




Kata Kasar DILARANG
No 'Follow Me Back' word
ExChanges Link are allowed



Malay Review : Miss Peregrine's Home for Peculiar Children
Saturday, October 22, 2016 | Saturday, October 22, 2016 | 0comments
Assalamualaikum w.b.t dan Hai
Okay untuk pertama kali dalam hidup aku, aku post review entry dalam blog Beautiful Inside. Yelah, ambe pun nak cari modal menghidupkan semula Beautiful Inside ni. Kalau tak nanti Mr. Nuffnang kita tanya kenapa tak active >.< Okay here we go!

Aku dengan classmates aku yang lain tengok movie ni midnight 1st October kalau tak silap. Bagi dia orang cerita ni tak ada lah yang boleh menggempak dia orang. tapi bagi aku peminat genre dark fantasy ni aku rasa aku seorang saja yang tak tidur dalam hall tu haha. Mungkin dia orang memang mengantuk or apa kan.



Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (MPHFPC) ni sebenarnya diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Ransom Riggs (2011). Sejujurnya aku tak baca pun novel ini tapi aku terjumpa fanmade video pasal novel ini dan aku faham kenapa MPHFPC diadaptasi. Penceritaan yang penuh dengan dunia yang kompleks serta watak-watak yang aneh serta penyelesaian kepada masalah yang rumit. Seperti yang aku cakap tadi aku tak baca novel dia jadi aku hanya tahu jalan cerita MPHFPC melalui movie semata-mata.


Seorang lelaki muda, Jake (Asa Butterfield) ni dia sangat rapat dengan datuknya, Abe (Terrence Setem) yang suka bercerita pada Jake mengenai 'rumah untuk budak-budak aneh' yang mana tempat dirinya diasuh pada waktu kecil dahulu. Abe juga selalu tunjuk gambar-gambar budak-budak aneh (Mengawal udara, Halimunan, kekuatan luarbiasa, mempunyai mulut besar dibelakang tengkoraknya) dirumah itu kepada Jake. Jake pula sangat percaya dengan kisah-kisah yang datuknya ceritakan itu.

Satu hari, datuk Jake, Abe mati dalam keadaan yang mengerikan iaitu kedua-dua biji matanya hilang. Jake berada ditempat kematian Abe dan melihat raksasa yang sering diceritakan datuknya itu muncul. Dia mengagak datuknya mati akibat dibaham raksasa itu. Jake cuba menceritakan perkara tersebut kepada ibubapa nya namun lain tidak seperti yang di sangkakan. Ibubapa Jake yakin Jake dan datuknya mengalami delusional disorder (Gangguan Khayalan) dan mereka menghantar Jake ke tempat terapi untuk memulihkan tanggapan mengenai rumah kanak-kanak aneh yang bagi mereka itu tidak wujud.

Sewaktu hari lahir Jake, dia menerima hadiah yang disediakan datuknya sebelum meninggal. Hadiahnya adalah poskad dari Wales yang ditandatangani oleh Miss Alma Peregrine (Eva Green) iaitu pengetua rumah kanak-kanak aneh itu. Jake mengajak bapanya untuk ke Wales dan mencari rumah itu sebagai salah satu terapi untuk dirinya. Bapanya bersetuju kerana dia ingin penyelesaian terhadap gangguan khayalan yang dialami anaknya itu.



Setelah tiba di Wales, Jake dapati rumah itu sebenarnya sudah dibom semasa Perang Dunia II suatu ketika dahulu. Jake kecewa pada mulanya tetapi dia terjumpa kanak-kanak aneh itu disebuah gua dan dia dibawa merentasi 'gelung masa' namun saat Jake mahu melarikan diri dari mereka, Jake dapati dirinya sudah pun berada pada tahun 1943. Kanak-kanak aneh itu membawa Jake berjumpa dengan Miss Peregrine.

Rupanya rumah yang diceritakan datuknya itu masih berdiri bersama-sama kanak-kanak yang mempunyai keanehan mereka masing-masing. Mereka di'awet muda'kan oleh masa dan terus hidup menjalani rutin yang sama pada tarikh 13 September 1943 setiap hari. Keanehan Miss Peregrine adalah 'Ymbryne' iaitu wanita yang boleh bertukar menjadi burung dan manipulasi masa, Setiap hari, Miss Peregrine akan mengeset semula masa pada saat pengeboman berlaku kepada 24 jam sebelumnya supaya kanak-kanak itu masih hidup dan selamat dari dunia luar yang tidak menerima keanehan mereka.

Antara keanehan kanak-kanak dirumah itu:
  • Jake - Kebolehan melihat raksasa 'Hollow' yang diwarisi dari datuknya, Abe.
  • Emma - lebih ringan dari udara. sentiasa memakai kasut besi yang berat supaya dirinya tidak terapung.
  • Enoch - boleh menghidupkan sesuatu yang mati dalam masa yang terhad.
  • Olive - boleh menghidupkan api menggunakan tapak tangannya.
  • Millard - Budak halimunan.
  • Bronwyn - Budak perempuan yang mempunyai kekuatan luar biasa.
  • Fiona - Boleh mengawal tumbuh-tumbuhan.
  • Hugh - terdapat lebah yang banyak dalam perutnya dan boleh mengeluarkan lebih setiap kali dia membuka mulutnya.
  • Claire - mempunyai mulut yang 'ngeri' dibelakang tengkuknya.
  • Horace - kebolehan menayangkan semula mimpinya melalui kacamatanya.
  • Si Kembar - mereka memakai topeng untuk menyembunyikan keanehan mereka. Keboleh mereka ialah menjadikan sesiapa saja menjadi batu sekiranya melihat wajah mereka.
  • Victor - Abang kepada Bronwyn juga memilik keanehan yang sama dengan Bronwyn. namun Victor mati dibunuh Hollow.


Untuk konfliks cerita ini, ada watak jahat yang ingin mengumpulkan semua Ymbryne termasuk Miss Peregrine. Miss Peregrine terpaksa meninggalkan mereka untuk keselamatan mereka. Jake, banyak membantu kanak-kanak ini serta menyelamatkan Miss Peregrine sebelum diapa-apakan manusia jahat itu.

Aku tak ada lah nak cerita habis pada MPHFPC sampai habis. kalau nak habis kau orang pun boleh baca di Wikipedia kan. Bagi aku yang peminat Heavy-dark-fantasy ini, cerita MPHFPC ni sangatlah seronok. penceritaan ini bermain diluar kotak pemikiran aku dan aku tak perlu guna logik akal pun.

Overall , 4.5 out of 5 stars!



[ FANFIC ] I'm Imperfect - Bab 1
Monday, October 17, 2016 | Monday, October 17, 2016 | 0comments
Kyunggi Highschool,


"Kau jangan nak bagi alasan lah budak 'nerd'! Cepat siapkan kerja sekolah aku ni!" Kata Myungsoo sambil menunjal kepala Sung Jong. Sung Jong tidak berani memandang muka Myung Soo. Dia hanya tunduk dan mengangguk. Sung Jong mengeluarkan bekas pensilnya dan mula menulis pada buku Myung Soo. Tak lama lepas itu Hoya dan Dong Woo datang.


"Nah buat ini sekali!" Ujar Dong Woo sambil mencampak buku sekolah pada Sung Jong. Sung Jong hanya tunduk. Sung Jong berasa sangat takut.


Macam mana nak siapkan semua ni... Ujar hati Sung Jong.


"Tapi... sekolah dah nak mula... saya..." Sung Jong berkata dalam ketakutan. Belum sempat kata-katanya habis Hoya menepuk kepalanya.


"Hoi! bila masa kau belajar bagi alasan ni? Cepatlah siapkan!" Kata Hoya. Sung Jong mengerutkan dahinya. Sedikit rasa geram tersirat dihatinya. Dia terus menulis dan menyiapkan kerja-kerja itu.


Selepas beberapa minit Sung Jong masih menyiapkan kerja rumah 3 orang pelajar itu. Sementara itu mereka sedang duduk dihdapan Sung Jong sambil berbual kosong. Mereka ketawa mesra. Sung Jong melihat mereka yang sedang leka ketawa. sesuatu bermain dalam fikiran mereka.


Bila korang nak berhenti kacau aku? Myungsoo... aku tak nampak kejahatan langsung dalam diri kau! Ujar hati Sung Jong. Sung Jong meletakkan pen.


"Saya sudah siap..." Kata Sungjong perlahan. Mereka menoleh memandang Sungjong. Mereka bangun dan menghampiri Sungjong.


"Bagus betul Lee Sung Jong ni kan?" Ujar Myungsoo sambil mengusap kepala SungJong.


"Keturunan keluarga Lee memang bagus!" Kata Hoya. Mereka ketawa kecil kecuali Sung Jong.


"Sekarang bagi aku 2500 won." MyungSoo menadah tangan pada Sungjong. Sungjong terkejut.


"Saya... tak ada duit!" Jawabnya perlahan. Air muka Myungsoo berubah. Dahinya berkerut.Tiba tiba-tiba DUSHHHHH! Cermin mata Sungjong tercampak.


"Kan aku dah cakap, jangan bagi alasan!" Myungsoo menumbuk muka Sungjong. Sangat sakit! Sungjong tidak melawan dia hanya memandang bawah. Merah kemerahan sudah timbul di muka Sungjong. Kesakitan itu membuatkan dia hampir menangis.


"Cepatlah bagi!" Jerit Myungsoo. Hoya dan Dongwoo ketawa kecil dibelakang.Tiba-tiba...


"Hoi!" Jerit seseorang. Mereka memandang orang itu. Cikgu Sunggyu! Cikgu disiplin Kyunggi Highschool berseluar slack hitam. berkaca mata seperti datuk datuk. Cikgu Sunggyu tidak pandai bergaya. Pakaian yang dia pakai langsung tidak kena dengan umurnya yang jauh lebih muda dari sangkaan orang. Myungsoo mengeluh. Dia kembali memandang depan.


Aduhh sibuk betul cikgu Grandpa ni! Ujar hati Myungsoo. Dia melepaskan Sungjong.


"Kau orang buat apa? nak belasah orang lagi? Kau orang ni memang tak ada kerja ke? Kelas dah nak bermula ni!"Jerit Cikgu Sunggyu lagi. Cikgu Sunggyu menghampiri mereka. Belum sempat cikgu Sunggyu tiba...


"Weh jom lah kita blah!" Ujar Myungsoo. Hoya dan Dongwoo hanya ikut. mereka pergi dari situ.


"Hoi aku tak habis cakap dengan kau orang ni!" Mereka tidak mempedulikan Cikgu Sunggyu dan pergi dari situ.


"Kurang ajar betul! Nasib baik lah tiga orang saja budak macam mereka dalam sekolah ini. Kalau 300 orang seperti dia orang, berhenti kerjalah aku" Cikgu Sunggyu mengomel dihadapan Sungjong. Sungjong hanya berdiam diri menahan sakit.


"Sungjong awak okay tak? mari saya bawa awak ke bilik guru. saya minta cikgu Yoon ubatkan luka awak." Kata Cikgu Sunggyu.


"Err... tak apa lah cikgu. saya nak masuk kelas. kelas dah nak bermula" Balas Sung Jong. Sungjong mencapai beg sekolahnya dan mengambil ceermin mata yang tercampak tadi.


"Terima kasih, Cikgu..." Sambung Sungjong sambil tunduk hormat pada cikgu Sunggyu.Cikgu Sunggyu memandang  Sungjong sehingga Sungjong hilang daripada pandangannya.

...


Sungjong masuk dalam kelas dan duduk ditempat biasanya iaitu dibelakang Na Eun. Na Eun yang sedang mengulangkaji pelajaran itu perasan kehadiran Sungjong. Dia menoleh belakang melihat muka Sungjae yang lebam. Na Eun terkejut.


"Sungjong-ah..." Ujar Na Eun. Sungjong buat-buat tidak mendengar.Na Eun semakin risau.


"Weh aku panggil kau ni... kau okay tak? kenapa muka kau lebam-lebam? kau..." Na Eun tidak menghabiskan kata-katanya.


"Aku okay lah. kau sambung lah study kau tu."  Kata Sungjong dengan nada perlahan. Na Eun kecewa dengan jawapan itu. Na Eun menyambung membuat ulangkaji sebelum cikgu masuk ke dalam kelas. Tetapi Na Eun terfikir sesuatu.


Mesti Sungjong kena buli dengan Myungsoo lagi. Myungsoo ni memang! Bisik Na Eun dalam hati. Na Eun sangat marah dengan Myungsoo waktu itu.

...

Tengah hari itu Na Eun menunggu teman lelaki Na Eun, Lee Sung Yeol. Lama juga Na Eun berdiri sambil bersandar ditembok menunggu Sung Yeol. Tak lama selepas itu Sungyeol datang.


"Hai sayang... dah lama tunggu?" Sungyeol menyapa Na Eun sambil tangannya merangkul bahu Na Eun. Na Eun tersenyum melihat Sungyeol dihdapannya.


"Tak ada lah. baru juga." Jawab Na Eun. Walaupn sebenarnya dia sudah lama menunggunya disitu dia tetap ingin menjaga hatinya. Na Eun bahagia melihat Sungyeol. Na Eun dan Sungyeol berjalan menuju ke kantin.


"Okay hari ni nak makan apa?" Tanya Sungyeol. Na Eun memandang Sungyeol.


"Saya tak tahu lah. saya makan je asalkan awak belanja!" Balas Na Eun. Sungyeol ketawa kecil.


"Amboi! Saya belanja lagi ye..." Sungyeol mencuit hidung Na Eun. Na Eun dan Sungyeol ketawa mesra.


Na Eun dan Sungyeol terus berjalan menuju ke kantin. Kemesraan Na Eun dan Sungyeol itu diperhati seseorang dari belakang, Krystal! Krystal memang dah lama menyimpan perasaan terhadap Sungyeol sebelum Na Eun menjadi teman wanita Sungyeol lagi.


Dia sangat kecewa setelah mengetahui percintaan Na Eun dan Sungyeol. Dia membenci Na Eun! Krystal melihat kemesraan Na Eun dan Sungyeol dengan penuh kemarahan. Riak muka yang sinis itu cukup menunjukkan dirinya cemburu.


Hidup Na Eun tak akan senang Na Eun! Berani Na Eun rampas Sungyeol dari aku dulu. Bisik Krystal dalam hati. Perlahan-lahan Krystal mengikut Na Eun dan Sungyeol dari belakang. Melihat gelagat Na Eun dan Sungyeol yang mesra itu membuatkan kemarahan yang teramat sangat pada Krystal. Krystal tidak sanggup untuk melihat lagi lalu bangun dan pergi dari situ.

...


Malam itu Myungsoo, Hoya dan Dongwoo berada dikelab malam. Mereka memang selalu 'lepak' dikelab malam. Sebenarnya Myungsoo tidak suka berada disana tapi oleh kerana Hoya dan Dongwoo gemar berada disana setiap malam jadi Myungsoo terikut gaya 2 orang sahabatnya itu.


Waktu itu Myungsoo duduk disofa penjuru bilik itu sementara Hoya dan Dongwoo sedang berseronok menari dengan wanita-wanita kelab itu. Myungsoo memandang 2 orang sahabatnya itu. Dia mengeluh. Memang setiap kali mereka datang kesitu Myungsoo hanya duduk disofa melihat gelagat sahabatnya menari. Sehingga kadang-kadang Myungsoo tertidur disofa itu.


Tak lama kemudian Hoya dan Dongwoo datang bersama perempuan dalam pelukannya. Mereka menghampiri Myungsoo.


"Myungsoo-yah, jom lah dance. kau tengok tu ramai girls kat sana tu asyik tengok kau!" Kata Dongwoo sambil jarinya menunjuk sekumpulan perempuan yang sememangnya sedang memamndang Myungsoo. Myungsoo melihat gadis-gadis itu tapi dia terus menjeling mereka.


"Weh jangan sampai aku fikir yang kau ni Mr.G okay!" Usik Hoya membuatkan Dongwoo dan wanita-wanita disamping mereka ketawa.


"berani kau cakap aku macam tu!" Jerit Myungsoo kepada Hoya.Myungsoo menjadi geram lalu menarik kolar baju Hoya.


"Eh rileks lah! Tak payah lah touching sangat!" Kata Hoya.Myungsoo melepaskan Hoya.


"Aku tak minat lah dengan perempuan! Mengada-ngada! tak boleh ke kalau dunia ni tak ada perempuan?" Ujar Myungsoo dengan riak wajah yang berkerut.


"Hello Oppa! Sorry but what are you said? mengada-ngada? You don't know love Oppa. Once you feel it you will never leave her. You have to believe what I say right now!" Balas salah seorang wanita dalam pelukan Dongwoo.


 Myungsoo menjeling wanita itu.


"You shut up!" kata Myungsoo.


"Urgh. Annoyingnya kawan you ni Hoya! Jom lah pergi!" Kata wanita itu.


"Myungsoo-yah! Kalau kau nak balik. kau balik lah dulu. Kita orang nak enjoy! okay?" Ujar Dongwoo lalu mereka pergi dari situ. Myungsoo masih duduk disofa memikirkan sesuatu. Dahinya berkerut memikirkan hal itu.


Siapa kisah kalau aku tak ada girlfriend sekali pun. Tak menyusahkan orang lain. Tak menyusahkan hidup aku. Bisik Myungsoo dengan penuh ego. Sebenarnya Myungsoo bukannya Mr.G seperti yang dikatakan Hoya cuma tiada seorang gadis yang selama ini mampu membuka pintu hatinya.


Tak lama selepas itu Myungsoo bangun lalu berjalan keluar dari kelab. Dia berjalan seorang diri sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.Myungsoo berjalan perlahan. Sengaja dia mahu lambat sampai kerumah. ibubapanya bukan ada di rumah. masing-masing sibuk dengan kerja sehingga kadang-kadang Anak lelaki tunggal mereka seperti tidak terurus.


Selangkah demi selangkah kaki Myungsoo menapak sampil kepalanya tunduk ke tanah. Myungsoo teringat kata-kata wanita dikelab tadi. 

    You don't know love Oppa. Once you feel it you will never leave her. You have to believe what I say right now!


Dasar perempuan kelab. Dia pun tahu apa pasal cinta cinta ni. Lelaki keliling pinggang! Myungsoo mengomel sendiri dalam hati dengan bercerminkan riak muka yang dibuat-buat. Myungsoo meneruskan perjalanannya menuju rumah yang tidak jauh dari situ.

...


Waktu tengah hari di Kyunggi Highschool semua murid berpusu-pusu menuju ke kantin. Tapi tidak Na Eun. Na Eun berjalan menuju ke perpustakaan yang berada ditingkat dua. Na Eun ingin mengulangkaji pelajaran kerana guru Chemistry Na Eun ingin buat quiz pada petang nanti.


Na Eun khusyuk membelek buku yang berada diatas rak.

Tiba seseorang datang dari belakang Na Eun dan menekup mulut Na Eun. Na Eun terkejut!


Bersambung...

Older Post