After years I'm back

// Beautiful Inside

Assalamualaikum dan Hai!
Boleh panggil saya Syima. Terima kasih untuk berada disini. tinggalkan jejak anda di cbox bawah <3


Follow me on tweeter :




Kata Kasar DILARANG
No 'Follow Me Back' word
ExChanges Link are allowed



Alhamdulillah JPA !
Friday, September 23, 2016 | Friday, September 23, 2016 | 0comments
 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Assalamualaikum dan Hai semua! 
Bila nak berjinak-jinak semula dengan blogging ni, asyik terlupa saja nak post entry. Almalklum lah dan almost 3-4 tahun juga tinggalkan dunia blogging ni kekeke >.<

Okay, kisahnya aku tak adalah ambil kisah sangat dengan JPA ni sebab aku dah ada PTPTN. Tapi bila JPA buka permohonan, kawan-kawan aku semuanya dok mengisi borang PIDN tu. Aku ada tergerak hati sikit nak mengisi juga PIDN dan aku buat research dengan baca pengalaman-pengalaman orang yang ambil JPA ni.



Tahun ni, 2016, 

JPA BUKAN LAGI BERBENTUK BIASISWA, TETAPI PINJAMAN.

Duit semua tu akan bertukar menjadi biasiswa sekiranya peminjam tu bekerja dengan kerajaan dalam tempoh tertentu.

Taktahu lah aku nak rasa 'aduh sayangnya, kenapalah tak mohon dari tahun lepas' --' tapi aku tahu mungkin ada sebab kenapa JPA tukar Biasiswa kepada pinjaman. Aku tak boleh nak merungutlah kalau itu memang takdir huhuhu >.<

Masa cuti sem yang lepas, keputusan JPA ni pun keluar dan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah permohonan aku berjaya. beberapa hari lepas tu, e-penawaran pun dah boleh buka dan aku pun terimalah JPA ni dibawah program PIDN.SSAAPP! Aku pun teruslah print dokumen-dokumen yang diperlukan.

TIPS:

KORANG KENA SENTIASA TENGOK LAMAN WEB JPA NI UNTUK APA-APA UPDATE!
JPA akan bagitahu tarikh bila korang kena serahkan dokumen-dokumen tu.

Alhamdulillah hari rabu kelmarin, selesai aku hantar semua dokumen-dokumen tu di kampus aku jugalah. Kolej Tuanku Canselor (KTC), UTM JB. Pagi tu aku amatlah rushing sebab penyerahan tu start pukul 8 dan KTF dengan KTC boleh tahan jauh. nasib baik ada kawan aku yang drive boleh lah dia hantarkan aku ke KTC tu.

Sampai je sana aku ingat berapa orang lah sangat yang datang rupanya... hamek kau! ramai! lepas buat semakan, tetiba pegawai tu kata kalau guna dakwat basah dia tidak akan terima. aku cuak dah masa tu. mulut aku tak habis-habis "Alia, macam mana ni? macam mana ni?" then alia pula jenis yang "Rileks lah, tak ada apa pun." aduhai aku tak boleh nak relaks langsung. yelah, kau bayangkan kau dah penat-penat sediakan dokumen jumpa saksi, naik Bangunan HASIL dan matikan stem lepas tu dia tak terima. fuhh!

Bila tiba giliran aku, dia semak dokumen aku dan aku pass hahahalega! Alia pula yang ada problem dengan saksi dia. Saksi dia seorang Setiausaha Sulit dan pegawai tu tak terima saksinya yang seorang Setiausaha Sulit. Cuak juga Alia masa tu. tapi lepas tu dia 'cancel'kan cop saksi tu dan mintak cop saksi yang datang masa hari itu and then dia kena print semua surat pengesahan. selesai.

Oh ye! PTPTN jangan lupa. 
Untuk student UTM, boleh pergi ke pejabat HEMA dan ambil borang 'PEMBATALAN PTPTN'
Isi dan serahkan pada akak HEMA tu. HEMA akan uruskan. Insya-Allah, sem depat tak ada lagi PTPTN. Tapi, of course kena bayar balik duit PTPTN tu guna JPA punya :P dah pandai berhutang kenalah pulangkan yeee :)

Jadi, aku harap bila aku dah dapat JPA ni aku boleh tingkatkan lagi semangat aku untuk belajar lagi bersungguh di UTM ni. mana tahu kan kalau dapat kerja dengan kerajaan, tak payah bayar JPA ni hehehe >.< Insya-Allah, semoga segalanya dipermudahkan !

Older Post | Newer Post