After years I'm back

// Beautiful Inside

Assalamualaikum dan Hai!
Boleh panggil saya Syima. Terima kasih untuk berada disini. tinggalkan jejak anda di cbox bawah <3


Follow me on tweeter :




Kata Kasar DILARANG
No 'Follow Me Back' word
ExChanges Link are allowed



Malay Review : Miss Peregrine's Home for Peculiar Children
Saturday, October 22, 2016 | Saturday, October 22, 2016 | 0comments
Assalamualaikum w.b.t dan Hai
Okay untuk pertama kali dalam hidup aku, aku post review entry dalam blog Beautiful Inside. Yelah, ambe pun nak cari modal menghidupkan semula Beautiful Inside ni. Kalau tak nanti Mr. Nuffnang kita tanya kenapa tak active >.< Okay here we go!

Aku dengan classmates aku yang lain tengok movie ni midnight 1st October kalau tak silap. Bagi dia orang cerita ni tak ada lah yang boleh menggempak dia orang. tapi bagi aku peminat genre dark fantasy ni aku rasa aku seorang saja yang tak tidur dalam hall tu haha. Mungkin dia orang memang mengantuk or apa kan.



Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (MPHFPC) ni sebenarnya diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Ransom Riggs (2011). Sejujurnya aku tak baca pun novel ini tapi aku terjumpa fanmade video pasal novel ini dan aku faham kenapa MPHFPC diadaptasi. Penceritaan yang penuh dengan dunia yang kompleks serta watak-watak yang aneh serta penyelesaian kepada masalah yang rumit. Seperti yang aku cakap tadi aku tak baca novel dia jadi aku hanya tahu jalan cerita MPHFPC melalui movie semata-mata.


Seorang lelaki muda, Jake (Asa Butterfield) ni dia sangat rapat dengan datuknya, Abe (Terrence Setem) yang suka bercerita pada Jake mengenai 'rumah untuk budak-budak aneh' yang mana tempat dirinya diasuh pada waktu kecil dahulu. Abe juga selalu tunjuk gambar-gambar budak-budak aneh (Mengawal udara, Halimunan, kekuatan luarbiasa, mempunyai mulut besar dibelakang tengkoraknya) dirumah itu kepada Jake. Jake pula sangat percaya dengan kisah-kisah yang datuknya ceritakan itu.

Satu hari, datuk Jake, Abe mati dalam keadaan yang mengerikan iaitu kedua-dua biji matanya hilang. Jake berada ditempat kematian Abe dan melihat raksasa yang sering diceritakan datuknya itu muncul. Dia mengagak datuknya mati akibat dibaham raksasa itu. Jake cuba menceritakan perkara tersebut kepada ibubapa nya namun lain tidak seperti yang di sangkakan. Ibubapa Jake yakin Jake dan datuknya mengalami delusional disorder (Gangguan Khayalan) dan mereka menghantar Jake ke tempat terapi untuk memulihkan tanggapan mengenai rumah kanak-kanak aneh yang bagi mereka itu tidak wujud.

Sewaktu hari lahir Jake, dia menerima hadiah yang disediakan datuknya sebelum meninggal. Hadiahnya adalah poskad dari Wales yang ditandatangani oleh Miss Alma Peregrine (Eva Green) iaitu pengetua rumah kanak-kanak aneh itu. Jake mengajak bapanya untuk ke Wales dan mencari rumah itu sebagai salah satu terapi untuk dirinya. Bapanya bersetuju kerana dia ingin penyelesaian terhadap gangguan khayalan yang dialami anaknya itu.



Setelah tiba di Wales, Jake dapati rumah itu sebenarnya sudah dibom semasa Perang Dunia II suatu ketika dahulu. Jake kecewa pada mulanya tetapi dia terjumpa kanak-kanak aneh itu disebuah gua dan dia dibawa merentasi 'gelung masa' namun saat Jake mahu melarikan diri dari mereka, Jake dapati dirinya sudah pun berada pada tahun 1943. Kanak-kanak aneh itu membawa Jake berjumpa dengan Miss Peregrine.

Rupanya rumah yang diceritakan datuknya itu masih berdiri bersama-sama kanak-kanak yang mempunyai keanehan mereka masing-masing. Mereka di'awet muda'kan oleh masa dan terus hidup menjalani rutin yang sama pada tarikh 13 September 1943 setiap hari. Keanehan Miss Peregrine adalah 'Ymbryne' iaitu wanita yang boleh bertukar menjadi burung dan manipulasi masa, Setiap hari, Miss Peregrine akan mengeset semula masa pada saat pengeboman berlaku kepada 24 jam sebelumnya supaya kanak-kanak itu masih hidup dan selamat dari dunia luar yang tidak menerima keanehan mereka.

Antara keanehan kanak-kanak dirumah itu:
  • Jake - Kebolehan melihat raksasa 'Hollow' yang diwarisi dari datuknya, Abe.
  • Emma - lebih ringan dari udara. sentiasa memakai kasut besi yang berat supaya dirinya tidak terapung.
  • Enoch - boleh menghidupkan sesuatu yang mati dalam masa yang terhad.
  • Olive - boleh menghidupkan api menggunakan tapak tangannya.
  • Millard - Budak halimunan.
  • Bronwyn - Budak perempuan yang mempunyai kekuatan luar biasa.
  • Fiona - Boleh mengawal tumbuh-tumbuhan.
  • Hugh - terdapat lebah yang banyak dalam perutnya dan boleh mengeluarkan lebih setiap kali dia membuka mulutnya.
  • Claire - mempunyai mulut yang 'ngeri' dibelakang tengkuknya.
  • Horace - kebolehan menayangkan semula mimpinya melalui kacamatanya.
  • Si Kembar - mereka memakai topeng untuk menyembunyikan keanehan mereka. Keboleh mereka ialah menjadikan sesiapa saja menjadi batu sekiranya melihat wajah mereka.
  • Victor - Abang kepada Bronwyn juga memilik keanehan yang sama dengan Bronwyn. namun Victor mati dibunuh Hollow.


Untuk konfliks cerita ini, ada watak jahat yang ingin mengumpulkan semua Ymbryne termasuk Miss Peregrine. Miss Peregrine terpaksa meninggalkan mereka untuk keselamatan mereka. Jake, banyak membantu kanak-kanak ini serta menyelamatkan Miss Peregrine sebelum diapa-apakan manusia jahat itu.

Aku tak ada lah nak cerita habis pada MPHFPC sampai habis. kalau nak habis kau orang pun boleh baca di Wikipedia kan. Bagi aku yang peminat Heavy-dark-fantasy ini, cerita MPHFPC ni sangatlah seronok. penceritaan ini bermain diluar kotak pemikiran aku dan aku tak perlu guna logik akal pun.

Overall , 4.5 out of 5 stars!




Older Post